Custom Search
Sunday, June 1, 2008
Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ?
Hampir 90% yang datang ke tempat penternakan risaukan tentang bagaimana untuk menyediakan Rumah Cacing...Nak buat cara rak atau kolah, kos pembinaan, kos kelengkapan, kos itu dan kos ini...dan akhir sekali baru dia fikir tentang kos cacing. Sedangkan faktor utama adalah cacing....Itu sebabnya saya tanya " Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ? "
Masyarakat kita sudah terlalu dimanjakan, tiada semangat `survivor`, kalau nak buat kena cantik-cantik...hasilnya fikir kemudian. Sebenarnya matlamat utama menternak cacing adalah untuk menghasilkan biomas (cacing) dan kompos, dalam apa bekaspun cacing boleh hidup asalkan menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.....Apa kriterianya ?...kalau nak tahu, rajin-rajinlah mencari ilmu kerana ilmu tidak datang menggolek kepada anda...Jangan Manja Sangat kerana kalau makan asyik bersuap , kita tak ubah seperti `Ayam Bodoh` atau `Lembu Feedlot`.
Satu lagi soalan cepumas - `Bila saya dah ternak, saya nak jual kat mana ? Cuba anda tanya orang cina soalan tu, saya pasti mereka akan ketawakan anda, macam ni lah, saya syorkan anda beli buku `BERANI GAGAL` dan fahami apa yang tersirat di dalam buku tersebut.
http://worm1blog.blogspot.com/2008/02/nak-ternak-cacing-ke-nak-buat-rumah.html
Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:
1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
4. Pheretima Elongata.
5. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).
Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.
Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:
1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.
Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.
Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)
Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.
Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.
Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
HARAP MAKLUM: Yg sy terangkan di sini cuma sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.
http://harizamrry.wordpress.com/2008/02/06/ternakan-cacing-tanah/
"Bagi yang nak menjalankan penternakan nie memang ler bagus jika sabar dan dapat volume yang besar (jumlah cacing akan banyak dalam tempoh yang panjang - dlm setahun)
Cuma tang harga tue, terlampau mahal sangat. Kursus tersebut terlampau mahal berbanding ilmu yg diperolehi. Bagi gua, kursus tue bernilai cuma RM50.00 ajer... (ingat bukan nilai kos tempat penganjuran)... tapi disebabkan sifat dan niat depa nak kaut untung pada kursus, tue yang buat kat hotel dan charge peserta RM450.00...
Sedangkan kandungan / maklumat yang diberi..(jika nak tolong sesama kaum) boleh ajer buat kat dewan orang ramai.. atau mana-mana cawangan pejabat peladang (yang ada dewan).
Setakat nak dengar nak buat bekas cacing, makanan cacing dan jenis cacing = RM 450.00 = cekik darah....
Satu lagi... kita tertipu dengan kosmetik (maksud gua harga cacing yang konon nya mahal RM 400 - RM 600) hakikat nyer.. harga yang depa ambil cuma RM 100 ++ ajer... tapi di WAR - WAR kan mahal sampai cecah RM600.00...
Tah-tah depa ambik dari peserta ngan harga RM 100++ pas tue, tolak pada peserta baru yang perlukan iduk dengan harga RM450.00... aduhai.. sape untung???/ lu pikir la sendiri......"
"satu perkara yg aku tak berkenan ngan bab cacing ni ialah harga dia... harga yg tak masuk akal... nak kursus RM450... nak beli cacing pun RM450... takde langsung tanda² keikhlasan untuk membantu sesama umat... semuanya cekek darah... inilah org kita... hari tu dlm MHI TV3, ada sorang penternak tu dgn bangganya berkata harga pasaran cacing kat malaysia ni RM450 sekg dan harga pasaran antarabangsa mencecah sehingga RM800 sekg... pandai le org tua tu nak saiko org... seolah² harga RM450 tu kira murah ler... poooraahh! berikan ler bukti kat mana pasaran antarabangsa tu yg harga dia sampai RM800 sekg tu ? apa yg aku tau harga cacing kat oversea adalah sekitar usd15 - usd30 (lebih kurang RM100) jer sekg... x caya gi ler tgk kat ebay ke atau kat mana² website penternak cacing oversea...
kpd penternak² baru tu... jgn hrp sgt ler nak kaya dgn jual cacing tu... sbb rasanya skit masa lagi pastinya harga cacing ni merudum jatuh bilamana ada insan² penternak yg berhati mulia (dgn niat membantu) mula menjual dgn harga yg jauh lebih murah... mudah²an... Amiiin!!!"
Di ambil dari sebuah forum mengenai cacing:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=34336&page=4
Subscribe to:
Posts (Atom)
Custom Search